26 October 2016

Bohey Dulang Island & Sibuan Island

Assalamualaikum |


Hai guys! So now, i want to share with you guys about my trip to Pulau Bohey Dulang and Pulau Sibuan. So aku tulis lah dekat sini. Mungkin sedikit sebanyak dapat bantu korang yg nak p =)
As we know, Semporna adalah antara tempat yg memiliki pulau-pulau yg sangat indah. Ops sblm tu terengganu pon banyak pulau santik-santik. Actually aku memang dah lama plan nak p tempat ni, cuma tak berkesempatan sebab taktau cara nak p macam mana. Tak sangka pulak secara tetiba akak admin khabarkan a.k.a beritahu ke admin yg dia nak pergi pulau bohey dulang and sibuan. So, admin pun tak nak lepaskan peluang. (Walaupun baru sampai tawau cuti raya haji katakan) Terus contact akak admin untuk tahu details nak join trip tu macam mana. Lepas settle tanya itu ini dekat akak admin, admin pun decide nak join trip tu pada 15 September baru-baru ni

Perjalanan daripada Tawau ke Semporna memakan masa 2 jam sahaja. Admin dengan akak admin gerak drpd tawau pukul 7a.m. sampai dekat semporna pukul 8.50a.m macam tu. Sejam setengah pun dah boleh sampai =) abg ipar admin drive,so senang sikit nak bergerak. Tak perlu nak sewa bas lagi. (Time perjalanan tu ada kisah tragic dia,klu di ingat2 kembali semua glabah) Sampai aje jeti pelancongan, kami tunggu guide yg buat trip tu sampailah pukul 10 a.m baru dia tiba. (1jam tu) Sultan pun tak ditunggu lama macam ni =,= Then, kami gerak dpd jeti pelancongan dalam pukul 10.30a.m. Destinasi pertama yg dituju adalah Bohey Dulang untuk hiking sejauh 600 meter dan seterusnya ke Pulau Sibuan untuk mandi-manda dan snorkelling.


Perjalanan

Perjalanan daripada jeti pelancongan ke Bohey Dulang adalah dengan menaiki bot (takkan nak naik kapal selam kan) yg mana boleh memuatkan 12 orang penumpang tapi time admin pergi hanya 8 org sahaja (upspeed lah bot kita orang ) dan memakan masa selama 45-50minit untuk sampai ke destinasi. Seterusnya perjalanan daripada Bohey Dulang ke Pulau Sibuan memakan masa selama 30-45 minit bergantung dengan keadaan cuaca time tu, nasiblah time admin pergi sana cuaca molek2 belaka.huhuhu
Dekat sana ada dibagi masa ke?
Soalan ni bergantung dgn guide korang. Dapat guide yang sporting untunglah boleh duduk lama2 kat atas bukit (bohey) ambil gambar sampai lebam, snorkeling sampai bosan sampaikan jari jemari admin kecut2 snorkeling di sibuan island... sbb admin dpt guide yg sporting. Hihihi~

Kos Perjalanan

Tentang kos pula, sangat berbaloi sebab kurang daripada RM100. Since admin join trip akak admin ni, so dapatlah murah. Admin cuma bayar RM60 sahaja untuk sewa bot, makanan (lunch) dan tour guide (hiking). Trip yg admin join tu, tak da pakej snorkelling. So, admin & akak admin tambahlah sendiri dengan menyewa peralatannya yg berjumlah RM10 sahaja. Dapat lah jugak merasa snorkelling tu macam mana walapun diri sendiri tak reti nak berenang (ops jangan salah, admin pandai berenang). Hihi~ Memandangkan perjalanan admin ke semporna tak menggunakan bas, so admin dan akak admin yg lain pakat bayar minyak kereta RM10 sorang. Masih murah berbanding kalau nak sewa bas dpd tawau ke semporna. So, total up cost RM80. Berbaloi kan? =) admin nak tambah sikit time nak balik tawau tu... singgah lah makan kat area KFC berdkatan dgn ATM mesin belakang dia ada gerai2 makan honest admin kata kat situ makanan murah2 giler...
Bakso 2,Sup daging,nasi lalap 2,gado-gado,teh ais limau 2, milo ais, cola 2,nescafe, sayap ayam 25, buntut ayam 10batang.total semua RM32 ringgit.. murah tak murah tak~ boncet perut..





admin nak share serba sedikit permandagan kat sana hihihi... ejoy k.

Permandangan atas bukit bohey dulang 600mtr

copy


Jati pulau bohey Dulang

first come



gambar yang ini? ni tempat pling best nak mandi2 sampai kecut mecut PULAU SIBUAN


kalu datang sana jangan lupa bwh roti2 bagi ikan makan hihihi



oklah itu sahaja yang admin dapat kongsikan kisah menarik di pulau bohey dulang and sibuan.


No comments: