3 Tips Mulakan Bisnes Sendiri | Mulai perkara dengan Bismillah, In Shaa Allah semua perkara akan di permudahkan olehNya. Masih lagi berjinak-jinak dalam dunia blogging dan masih lagi baru lagi, jadi disini pengarang ingin memberikan tips mulakan bisnes sendiri tanpa bekerja dengan majikan kerana disinilah anda bermula untuk menguruskan masa dan segalanya.
Tips 1: Di Mana Ada Semut, Di Situ Ada Gula
Sewaktu kita bekerja dengan kerajaan atau di jawatan kanan sektor swasta, kita ada kuasa (dan ada bajet). Orang mengelilingi kita bukan kerana kita hebat tetapi kerana ada dua perkara itu.
Apabila kita berhenti, kita kehilangan kedua-duanya. Dalam membuat pertimbangan memulakan bisnes, ambilkira faktor ini. Apabila kita mulakan bisnes, usah berharap kita akan diraikan seperti sewaktu kita ada jawatan dalam kerajaan atau sektor swasta.Orang panggil kita “tuan” bukan kerana kita hebat, tetapi kerana kita ada jawatan. Sekarang kita mungkin jadi Ketua Jabatan dan diraikan. Setelah berhenti kerja, pengawal keselamatan pun tak kenal kita
Tips 2: Teruskan Belajar
Sewaktu ada jawatan, apa sahaja yang kita cakap, orang angguk. Cakap salah pun orang kata betul. Apabila bercakap, main perintah sahaja. Bagi arahan, semua jadi. Ini menjadikan kita berasa pandai dan tidak mahu belajar. Kesilapan paling besar ialah apabila kita berasa ilmu kita sudah penuh dan kita cukup hebat. Ini adalah resipi paling mujarab untuk bungkus bisnes cepat.
Tips 3: Bina Rangkaian Di Luar Rangkaian Rasmi
Rangkaian rasmi bermaksud orang yang berurusan dengan kita atas jawatan rasmi. Sebahagian besar mereka meninggalkan kita apabila kita sudah tidak ada jawatan. Maka, bina rangkaian tidak rasmi sebelum berhenti kerja. Rangkaian ini akan kekal bersama kita. Dalam bisnes, inilah rangkaian yang boleh menjadi partner atau pelanggan bisnes kita.
Manfaatkan media sosial seperti Facebook untuk bina rangkaian ini. Bentuk jaringan sahabat. Raikan mereka sebagai kawan. Inilah orang yang akan ikhlas beri nasihat dan bimbingan apabila kita memulakan bisnes. Mereka mungkin tidak ada jawatan besar seperti kita. Mereka mungkin tidak ada pelajaran seperti kita. Mereka mungkin tidak ada berpengalaman hebat seperti kita.
Namun, satu perkara yang pasti ialah mereka telah memulakan bisnes lebih awal dari kita
No comments:
Post a Comment