8 TIPS TABUNG SIMPANAN | Sebelom kita bercerita panjang lebar tentang WANG SIMPANAN admin nak bagi salam dulu,Assalammualaikum sahabat blogger hope korang sihat-sihat belaka aamiin.... so lets begin.
Menyimpan duit memang perlukan usaha, disiplin dan teknik yang betul agar kita tak cepat bosan.terutama sekali dengan disiplin yang amat-amat tinggi diperlukan, kalau takat simpan ambil simpan ambil ermm takkan terjadilah usaha dan niat tu...so Jom kenali 10 jenis wang simpanan yang anda boleh mula buat terus hari ni. Menyimpan duit perlukan disiplin-> usaha ->dan teknik yang betul agar kita tak bosan ibarat kita menanam ubi..
1 Tabung Duit Syiling | Tiap kali balik kerja, semua syiling yang bertimbun itu, kita masukkan dalam tabung siling di rumah. Lebih mulia masukkan dalam tabung anak kita. jangan tipu admin lah kalau dalam 1 hari tu tiada syiling.
2 Tabung Hijau | Setiap kali jumpa duit hijau (RM5), asingkan dari beg duit kita, sampai rumah masukkan dalam tabung warna. Seronok tengok tabung penuh warna hijau. yang ini agak susah kita nak melaksanakannya sebab nilai dia agak besar sikit...tetapi kalau ada keinginan yang kuat, kental tiada siapa boleh menghalangnya, tapi itu lah keseronokan melihat tabung berwarna warni, ada tabung oren,ada tabung purple & dll.
3 Tabung Gaji Kita | Yang ini agak rumit sikit,yelah bila gaji banyak benda yang kita nak bayar, bil api air,belanja harian,loan kenderaan dan sebagainya tapi kalau kita melakukan secara konsisten setiap kali gaji. semuanya akan ok, Jangan ambil duit ini. Simpan dan lupakan sahaja. Apabila sudah terbiasa, boleh upgrade ke 20% atau 30%..
4 Tabung Haji Umrah | Simpan RM150 konsisten setiap bulan. Dengan dividen 5%, selepas 5 tahun, kita sudah ada cukup RM10K. Boleh guna untuk pergi umrah. Jika simpan RM300 pula, dapat double, boleh pergi dengan pasangan. hihihi
5 Tabung Rumah | Nak beli rumah, kena ada 15% daripada harga rumah untuk duit muka, yuran guaman dan lain-lain. Jika nak beli rumah RM100K, maksudnya kita kena ada RM15K. Jika nak beli rumah RM200K, kira sendiri. peninglah nak kira2...
6 Tabung Kecemasan | yang ini wajib ada mana lah tahu ada apa-apa terjadi dekat kita tau keluarga so boleh gunakan duit simpanan kecemasan..Tabung kecemasan 3 bulan gaji wajib kita kena ada. Contoh gaji RM2K kena ada RM2K x 3 = RM6K. Lepas berjaya upgrade jadikan tabung kecemasan 6 bulan gaji pula.
7 Tabung Kahwin | Tabung kahwin ini penting untuk elak ambil personal loan. Mula buat tabung kahwin ini walau belum jumpa calon yang sesuai. Lelaki dan perempuan, dua-dua kena ada tabung ini..
8 Tabung Keriangan | Teringin juga nak reward diri sendiri.Tak salah nak berseronok kalau kita rancang dengan baik. Sebulan simpan RM100. Setahun dah ada RM1,200. Boleh pergi melancong dan berhibur.yang penting kat sini jangan nak cilok2 duit tabung lain...
admin harap dapat membantu korang2 yang nak buat perancangan menabung yang penting DISIPLIN,USAHA,TEKNIK.(DUT) ok.... maaf sekirannya admin ada tersalah tutur dan sebagainya...
No comments:
Post a Comment