Gambar hiasan
Salam semalaysia semua dan selamat berkerja.
memandangkan hari ini adalah hari isnin kerja tak banyak so min nak share kisah hiking di Gunung Besar Hantu 1462meter jelebu negeri sembilan,MALAYSIA 2018.
Pendakian yang mengambil masa selama 6 jam ke 7 jam [DAYPACK].
24-03-2018 sabtu ini lah hari pendakian group kitaorang huuu sakit gak..
min hari jumaat tu balik keje kena rushing nak pack pack barang yang nak dibawah lepas dah siap-siap semua tu baru lah rasa tenang sikit... ingat boleh lah tido lepas tu rupanya tak dapt nak tido haha... sebab kena gerak kul 1.30 pagi ke kampung chenna negeri sembilan sebab kena berkumpul dekat sana dalam kul 3-4 pagi depan masjid kg chenna. Bila semua dah ada kumpul-kumpul kira berapa orang baru group kita orang gerak dengan menaiki LORI selama 45minit-1jam perjalanan masuk ke dalam tempat starting point...
ini lah tempat starting point untuk semua pendaki
group kita orang start mendaki dalam pukul 6 pagi
lepas taklimat sikit,panaskan badan,bacaan doa... terus gerak...
perjalan ke sungai kering lebih kurang 1 jam perjalanan time dah sampai first point memang dah terang so headlamp pon dah boleh buka.. First trek ni memang santai tapi mencanak bahagian pertengahan jalan dia berombak sikit turun naik turun dah nak sampai first point baru rasa lega jalan dia menurun
ini lah dia first point boleh mandi untuk sapa yang nak mandi. time sampai sini makan sikit, isi tenaga jangan makan berat-berat.
min tak ingat sampai kul berapa kat sini yang min ingat gerak dalam kul 8pagi
yang ni pemberian taklimat sebelum group kita orang sambung perjalan ke second point [kem orchid]
kami gerak dalam kul 8 pagi setelah semua dah sampai dan berehat..
semasa perjalan ke kem orchid gambar takda hihih time dah sampai kem je baru ambil gambar..
perjalan ke kem orchid mgambil masa 1.45minit ke 2 jam atau lebih... trek dia first santai pertengahan baru lah nia menaik dan menaik... time dah nak sampai ke second point baru lah trek dia landai...
yang ini gambar 1 family ni min pon selute dekat dorang .. dorang ni power... kecil-kecil cili padi sangat-sangat padu [10thn] [9thn] [8thn]..
jadi ini lah dia gambar-gambar time dekat kem orchid dekat sini dah sejuk boleh makan banyak haha..
permandang dari kem orchid
yang pic sebelah kiri tu laju mi baju hitam topi hitam umo dia 50an perr padu gakn pon wow..
lama gak rehat kat sini min siap tido lagi dekat kem orchid ni angin sejuk
bila semua dah rehat,makan,minum, buang air baru sambung gerak ke puncak GBH yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke puncak..
time start nak naik ke puncak dekat sini ada air mata air so korang boleh isi air... rasa air dia sedap normal huhuhu...
dekat sini trek dia hanya menaik sahaja sampai atas ada trek landai itu tandanya dah nak sampai...
kalau sesipa yang tidak sanggup naik boleh tunggu dekat kem orchid min cakap serius sangat-sangat mental trek naik ke puncak dia. tapi sangat segar udara dia, angin yang sejuk, berembun,berlumut,
^ yang ni gambar dari group ^
yang ni gambar time kat atas menujuh ke puncak
berembun & meyegarkan...
time menujuh ke penamat kena hati-hati sebab jalan licin, berlumpur kawasan atas dah lembab
time dah sampai puncak mestilah ramai orang nasib time sampai atas ada group yang nak turun dah so dapat lah port rehat... baring-baring, min duduk buka bag ambil makanan terus makan dah tak tunggu-tunggu dah sebab min dah lapar giler dah habis makan apa semua tidur hahahaha...
semua dah kenyang masa mee segera buat air apa lagi tido lah jawanya hahaha.... time kita orang nak gerak ke bawah baru kita orang ambil gambar
inilah gambar puncak dia berembun dan sejuk.
time nak turun[2ptg] kejab je sebab laju tapi min lutut berderai time turun terpaksa slow2 sampai bawah tempat lori parking dalam kul 6ptg... lutut sangat sakit time turun... min xnak repeat dah tempat tu... huuuuu mental sangat2
so itu sahaja yang dapat min kongsikan...
terima kasih sebab baca...
adios adiosa
#uub #gunungbesarhantu2018
3.0915785,102.073367 MAP LOCATION BERKUMPUL
No comments:
Post a Comment