8 July 2017

DISEBABKAN NIAT


Biar siapa pun kita... biar setinggi mana pun ilmu kita... biar sekaya mana pun kita... satu hal yang pasti... kita tidak akan mampu membohongi Allah swt walau sesaat sekali pun.

Niat memainkan peranan yang penting dalam sesuatu perlakuan. Tanpa niat perlakuan tidak akan timbul. Biar apa pun perlakuan kita namun sedar atau tidak sedar ianya telah diawali dengan niat cuma mungkin kita tidak sedar akan keberadaannya. Mungkin bagi kita niat adalah satu ucapan dan mungkin ada juga yang mengatakan yang niat adalah lintasan hati atau boleh jadi apa yang dirasa dalam hati. Biar apapun keadaannya, caranya tetaplah niat. Begitu jugalah niat yang baik tetapi seringkali memakan diri sindiri.

“mengapa kadangkala niat yang baik tetapi akhirnya membawa keegooan yang tinggi dalam diri seseorang?” 

OPSS!

Mungkin selama ini terlepas pandang kaitan niat dan nafsu dalam melaksanakan tindakan. Sebagai contoh, kita berniat baik untuk mengajarkan sesuatu perkara yang baik kepada seseorang tetapi kita mungkin alpa dalam menilai nafsu yang ada dalam niat baik kita itu. Kita mungkin menjadi terlalu bercita-cita tinggi dalam menjadikan seseorang itu baik hinggakan perlakuan kita dipenuhi dengan ego. Kita menasihati seseorang untuk melakukan kebaikan dengan harapan mereka akan berubah ke arah lebih baik. Kita memberi nasihat bersungguh-sungguh supaya perubahan dapat berlaku namun jika sebaliknya orang yang dinasihati itu tidak mendengar nasihat yang diutarakan kita menjadi emosi. Maka di situlah letaknya ego. Kita lupa bahawa kita perlu melakukan apa sahaja untuk membawa perubahan yang baik namun jangan dilupa bahawa keputusan atau hasil itu tetap menjadi hak milik mutlak Allah swt..

"kun faya kun"
 

("Siapa sahaja yang menginginkan/melakukan sesuatu, maka secara pasti ia telah berniat. Example di hadapannya diberi makanan,  lalu  ia  punya  keinginan untuk menyantapnya, maka ketika itu pasti ia telah berniat.  Niat  itu   pekerjaannya hati bukan pekerjaan lisan.  Niat  letaknya  dalam hati dan tidak perlu sama sekali diucapkan/dilafazhkan. Niat sama sekali  tidak disyaratkan untuk dilafazhka. Karena niat itu pekerjaan hati, antara Makhluk dengan  Allah.")
Akan tetapi banyak orang yang antara lisan dengan hatinya tidak sama.
Contoh>perbandingan ada seseorang bersedekah kepada pengemis dengan niat karena Allah tanpa diucapkan walaupun sedikit duit yang disedekahkan tersebut maka dia akan mendapat pahala di sisi Allah, sebaliknya ada orang kaya yang memberi shadaqah $ 1,000 kepada orang miskin dengan mengatakan,
Aku berikan duit RM 1,000 ini kepadamu dengan niat  ikhlash lillahi ta’ala,  aku tidak  mengharap apa-apa darimu atau dari orang lain

"mengapa orang bukan Islam bersetuju dengan Islam tetapi tidak mahu masuk Islam?” 

Inilah titik ego yang halus yang sudah terlepas pandang. Kita menasihati seseorang kerana kemahuan kita bukan kerana kasih sayang. Kasih sayang sentiasa akan timbul dari jiwa yang tenang yang sentiasa mengingati Allah swt dengan jiwanya. 

Gambaran tentang niat yang dilihat baik tetapi sebenarnya membawa kemusnahan diri. 

Ahli ibadah tersebut bertanya;

“mengapa engkau amat mudah untuk aku kalahkan dalam dua pergaduhan yang awal tetapi kali ini aku pula yang dapat kau kalahkan dengan mudah?” 

Iblis kemudiannya menjawab dengan mudah;

“Apakah yang engkau hairankan? Bukankah pergaduhan pertama dan kedua itu kerana niat engkau ingin menebang pokok supaya dapat menghindarkan masyarakat dari sesat menyembah sepohon pokok yang dianggap keramat dan engkau begitu ikhlas dalam melakukannya. Namun kali ini engkau kalah kerana niat mu bukan lagi kerana Allah swt tetapi demi memenuhi tuntutan nafsu mu. Di sebab kan iblis mungkir janji memberi mu dua dinar setiap hari.


"KERANA NIAT MENGHANCURKAN SECARA HALUS"

Terima kasih kerana membaca.

No comments: